Info Terkini

Taikai Futsal MSAJ 2008 Berakhir Dengan Kejayaan

Pada 3 November 2008 yang lalu, MSAJ dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Jepun telah menganjurkan taikai futsal 5 sebelah di Frontown Sports Centre. Nagaoka telah menghantar dua pasukan untuk taikai tersebut iaitu Nagaoka A dan Nagaoka B. Berikut adalah senarai pemain yang telah menyertai taikai tersebut;
 Nagaoka A;   King,Paliey,Zik,Poklat,Bing,Ming
 Nagaoka B;   Lobo,Bat,Mat Deris,Nainsam,Ecan,Mook,Bari

                                                             
Sukacita dimaklumkan bahawa Nagaoka A telah berjaya menjadi juara manakala Nagaoka B pula berjaya mendapat tempat ke-3.Hadiah adalah merupakan medal dan wang tunai.Juara memperolehi 30,000 yen manakala tempat ketiga memperolehi 10,000 yen.Syabas diucapkan kepada semua pemain dan diharapkan untuk taikai yang seterusnya akan mendapat keputusan yang lebih cemerlang lagi.


Title.

Taikai Gifu Berakhir Dengan Kekecewaan
Walaupun Taikai Gifu yang berakhir pada 12hb 10 2008 yang lalu berakhir dengan kegagalan,permainan yang ditunjukkan oleh para pemain Nagaoka semasa bertanding sangat memberangsangkan. Akibat daripada kesilapan membuat percaturan,kita kecundang di peringkat kumpulan lagi.Namun walaubagaimanapun,dengan semangat dan kegigihan yang ditunjunjukkan oleh para pemain,telah berjaya memikat hati para penonton dan penyokong pasukan lawan yang menonton permainan pasukan Nagaoka.Semoga tahun depan Nagaoka akan berjaya merampas kejuaraan Gifu daripada Toyama.